Lilypie Kids Birthday tickers

-the CEO-

My photo
Love myself. Half unique half blur so I am limited not weird.

Saturday, August 20, 2011

-Kecik vs Besar-



Dulu kecik lagi. Sekarang dah besar. Dah 21 tahun. Orang cakap dah boleh kahwin. Tu orang cakap tapi aku x boleh kahwin sebab kecik lagi. Ewwww perasan kecik! Ok fine~ Kahwin bukan benda yang main-main like main kahwin-kahwin masa kecik-kecik dulu. Dengar sini baik-baik. Aku x main permainan macam tu ye. Langsung x stylo. Pehlisss!

Dulu kan masa tengah comel. Sekarang pun comel juga cuma bertambah-tambah je. Hahaha. Ok sambung balik masa dulu nak cepat-cepat jadi budak besar. Macam x best je jadi kecik. Selalu berangan bila nak besar. But it turn over right now. Kan best masih kecik. Langsung x pernah nak bersyukur. *sigh.

Dulu nak jadi besar sebab:
Nak ada rambut panjang curly-curly macam style kan. Malas nak attach gambar. Imiginasi je la. Hihi. Dulu kan kecik lagi x boleh panjang-panjang nanti nak sekolah rimas. Ibu yang kata. Ikut kan aje la.

Nak pakai heels macam artis-artis tu kan. Wow meletops! Budak kecik apa la taw. Verangan jela.

Nak ada gadjet hebat-hebat. Handphone la camera la apa la. Lepas tu boleh tayang kat kawan-kawan then cakap 'Hey kawan, kite ada ni. Awak ada? hehe'. Berlagak poyo kan? Kecik-kecik dah macam tu dah besar lagi poyo. Xpe sedar diri.

Nak ada lesen sendiri. Nak ada kereta sendiri. Boleh jalan-jalan. Ingat lagi dulu kecik-kecik selalu cakap kat babysitter if kin ada kereta nanti kin bawak jalan-jalan hari-hari. Hantar pergi kedai. Pergi hospital buat check up. X payah la susah-susah naik teksi. Nak tumpang orang. Bagi duit kat orang. Dia orang tu semua nak duit je. Murni kan hati aku masa kecik? Well I know~

Nak beli macam-macam. Suka tengok orang-orang besar shopping like hell la kate mereka. Memang hell la perabis duit. Kecik-kecik mana tahu pasal duit. Nak duit je mintak. Bukan susah. Comfirm dapat. Tu pun lepas kena bebel la. Tipu-tipu sikit cakap nak bayar itu ini dapat lebih. *sekarang pon. hehe.

Boleh in love kan. Ngee~ Gatal! Ok xp la kan dah besar katanye pun. Boleh pergi dating macam Zety dalam cerita Sembilu yang dok pulun tengok malam-malam. Haish pengaruh Tv lagi. Asal tengok drama or movie yang ada pasal love mesti berangan kan best dah besar dapat macam dorg. Kah3!!!

Nak belajar kat universiti. Murni gila niat tu. X sangka aku ada cita-cita macam tu. Yelah cousin-cousin aku semua sambung belajar kat universiti. Ada yang jauh ada yang dekat. Macam best je naik bus la bawak beg besar-besar. Nak-nak if dapat tawaran oversea. Boleh feeling macam drama Winter Sonata. Tengah top masa tu. Budak-budak apa tahu.

Bila dah besar:
Heh! heels tu menyakitkan pinggang ok. Kalau silap jalan boleh terseliuh dan mengundang malu. Tahu x adik-adik? Berazam nak pakai flat je now. Bersungguh pergi cari tapi x jumpa lagi. Sedih!

Gadget tu semua mahal! Mana nak cari duit? Kalau ibu beli pun nanti adik-adik guna punah juga. Baik x payah. Kang nak sentiasa up-to-date pulak. Mana nak cari duit? Kerja dah x. Sekarang pakai handphone nokia torchlight pun dah bangga tahu! Tahan lasak. Mudah sebab ada torchlight, mana la tahu if blackout then rasa nak 'pee' kan x la takut nak pergi toilet. Janji kredit lebat.

Shopping? Damn! Sapa x suka! Kau ada duit? Kalau ada boleh sembang kalau xd kau duduk rumah diam-diam. Walaupun ada bermacam-macam kad ATM dan bakal MasterCard tapi dalam tu if x cukup xd makna juga. Merengek minta ibu top up kan nilai tapi bila ibu suruh sikit muncung sedepa. Ok ok aku sedar. Ibu x payah bebel banyak-banyak. Ngee~

Ok BERCINTA ingat mudah ke? *nak2 dapat mamat sepet.mesti keliru dia open his eyes ke tido =P. Ada suka ada duka, time suka baby time duka babi. Gitu la gamaknye. Kalau kekal alhamdulilah la but if break off? Pening ok adik-adik. Sekarang aku tengok budak sekolah wahhh kemain lagi bercintanye. Certain-certain couple yang bersungguh-sungguh like memang mamat tu untuk dia padahal dia x tahu masa depan.

Belajar di Universiti. Fun! Aku rasa seronok belajar sampai x plan masa depan. Orang sem akhir dah hantar resume semua tapi aku dok tunggu la macam kerja tu datang bergolek kat aku. Orang semua alert dengan info-info pasal nak sambung degree tapi aku sibuk berdating bagai sampai terlepas semua tu. Last-last aku juga yang merana. *EXAM itu membebankan.

Mula-mula ada lesen rajin nak drive. Cakap je nak kemana mesti JOM but now suruh pergi kedai beli lauk pun sampai bergaduh-gaduh. Aku rasa maybe sebab aku x biasa drive. Dari dulu sampai sekarang ada ayah and along boleh drive ke mana sahaja walaupun along berbadan kecil tapi dia gagah perkasa tahu. Nak-nak kalau dia drive tengah marah. Comel je. Sebab selalu mengundang kemalangan. Cilaka ok! Geram! Haha.

Nak jenguk babysitter pun malas padahal bukan jauh. Tapi cuaca petang-petang panas. Kalau dia orang mintak hantar ke teman pergi check up uhhh rasa macam nak menyorok dalam cupboard. Malas! Sebab kena bangun pagi-pagi. Dah besar mula la buat perangai time kecik dulu amboi pum pang pum pang cakap. Bila dah xd kereta sekarang sedih pulak rasa nak jalan je. Ada sapa-sapa nak sponsor kereta?

Semakin meningkat dewasa semakin aku tahu erti tanggungjawab, pengorbanan ibu ayah, belajar dari pengalaman. X boleh nak tunggu orang suap semua kat mulut kita sebab kita bukan budak kecik lagi. If ada problems semua kena settle sendiri. Susah! Rasa nak nangis je. See! Kan dah cakap kan best kalau jadi kecik. Now kena handle adik-adik. Huh! Tu yang paling malas tapi ibu cakap kalau tu pun x boleh macam mana nak handle anak-anak? Ok terbantut kegatalan nak kahwin.

Kadang-kadang aku rasa ibu ayah tu sangat annoying. Over protective. Aku dah besar doe! Lepas tu semua aku buat ada je nak complain, orang lain ok pulak. Tapi do you think you can be who you are now without them? Of course NO! I love them! I want to thank them for all what they have done, I don't have money to pay it all, to buy expensive things for them but I can only pray for them. Always pray. ♥ ♥ ♥ For my babysitter, siblings, you and friends too. Hee =)




No comments:

Post a Comment