Lilypie Kids Birthday tickers

-the CEO-

My photo
Love myself. Half unique half blur so I am limited not weird.

Thursday, March 22, 2012

-Am bi tion-


Hello blog.
Ahaks. Gedik taw men hello2 kat blog. Eww~
Line internet memang superb hari ni rase macam pakai unifi so hati terasa nak merepek di blog.
Today nak talk about ambition.
What the heck talk about that pulak kan?

When I was young one of my ambition is to be a doctor. Why I want to be a doctor whereas my mom and dad bukan doctor or working in medical line. My teachers used to ask me that question and who inspired me. Well actually i have no right and exactly answer for those questions. Sebab nak cover air muka yang comey ni cakap la sebab nak rawat family. Awww tersentuh hati teachers sume  taw. Hahahaha. Mana aku ceduk ayat tu pun aku tak taw.

Kan dulu time primary school ada 1 kad warna kuning kat belakang ada column 'Cita-cita'. Dari darjah 1-darjah 6 aku perasan cita-cita aku sama kalau berubah pun 1 je. Cita-cita aku doktor, cikgu, pegawai bank, pensyarah. Semua tu actually pengaruh television and surrounding. Aku rasa aku nak jadi doktor sebab masa dulu aku suka stay rumah babysitter aku so one of their niece is doctor, Doctor Suria. Tapi sekarang dah passed away sebab masalah buah pinggang ke jantung aku lupa. Lagi, dulu aku selalu sakit then my mom bawak jumpa specialist kat MMC. Operate bagai. Doctor tu baik je. Aku rase ideal sangat if jadi doctor. Hahaha. Tapi now tidak lagi. Cikgu tu sebab one of my babysitter is teacher and pensyarah tu cuz babysitter punya nephew is lecturer. Uncle rahmat, his tittle is Prof. Madya if not mistaken. Sekarang dah more success. Pegawai bank tu tak perlu jelas kan la.

Actually kan aku nak kerja dekat office macam dalam drama and movie yang dok tayang kat tv tu. Tapi bila cikgu tanya aku tak tahu nak cakap apa tu, bila cakap nak kerja office then cikgu cakap ouh macam ibu ayah awak ke aku angguk je la. Macam best taw tak. Pakai baju cantik2, heels, dahtu sejuk je dok dalam air-cond, nampak macam tak ada kerja. Kerja dia sign kertas dahtu boleh blah awal dari office. Tu semua dusta! Tu semua ahli koperasi (bak kata adnan sempit). Otak aku ni memang ngada. Selalu fikir benda yang senang je mana boleh lepas belajar terus jadi ahli koperasi lain lah bapak aku orang kaya. Duhhh loser!

Dari primary sampai secondary school aku terpengaruh dengan benda office2 ni. If nak buat homework mesti kena mandi, pakai wangi2, baju kemas2, sikat rambut dahtu keluar kan segala homework susun kat tepi meja. Konon-konon fail la, aku lagi suka kalau kena buka buku rujukan yang tebal tu. Ala yang sekali form 1,2,3(pmr) form 4,5(spm) tu. Bajet gila kan. Tapi sekali kena homework yang susah pening gak la nak cari jawapan aku memang tutup buku lepas tu main lukis-lukis. *budak-budak la kate kan.

Satu lagi profesion yang macam best ialah cikgu. Aku rase cikgu paling pandai sebab tu dia ajar orang. Apa yang student tanya cikgu boleh jawab. Then cikgu tak payah exam dia pandai dah sebab tu dia sediakan soalan. Lagi best kalau kita family cikgu untung-untung taw soalan apa keluar kan. Dulu bila tuition petang kat sekolah, village tuition a.k.a tuisyen kampung ada cikgu yang masuk class cakap 'saya nak keluar sekejap awak buat latihan bla bla bla jangan bising tunggu sampai saya balik'. Senang nak keluar masuk sekolah. Aku tak join tuition tu tapi kadang-kadang  tumpang class je sementara nak tunggu orang ambil aku. Aku macam marah gak la sebab apa ibu aku cakap tak boleh keluar office ambil aku cepat padahal cikgu ni boleh je. Benci!

Now aku ambil diploma radiography yang bakal jadi juru x-ray. Tak ada kaitan pun dengan cita-cita aku dulu-dulu. Mula-mula nak ambil kos ni pun aku tak tahu apa radiography atau nama popular medical imaging. Mula-mula je macam best lama-lama vessstttt sangat. Nowadays bukan main susah nak cari kerja pergi interview pun belum tentu dapat. Semua orang sibuk cari orang yang berpengalaman dah kalau nak berpengalaman buat apa susah-susah panggil pergi interview dah terang lagi bersuluh aku tulis situ fresh graduate. Kalau dia tak bagi chance kat fresh grad ni macam mana kami fresh grad nak ada pengalaman apa ke sengal sangat la. Aku rasa mereka ni mungkin kene kekejangan otak sebab tu tak boleh fikir.

Ada seorang kawan aku, my BFF. Awww bff gituewww kan. Geli! Dia suruh aku continue degree ambik medic. Aku bet mesti telinga dia dah naik berulat dengar aku bebel nak cont course apa la kerja mana la. Ek eleyh cont la course kau apa susah kan, tapi aku takut in future x secerah snow white. Now pun budak menggangur bukan main banyak lagi bukan 1, 2 bulan makan tahun juga. (ye aku la tu. ihiks!) Aku memang tak puas hati bila kawan aku cakap cont medic. Aku tanya dia beberapa soalan after dia mengutarakan pendapatan dia tu. Apa dia ingat aku ni memang ank Einstein bijak sangat nak ambik medic. Gagah perkasa sangat hati ni nak kena maki hamun semua. Nak tengok darah nak cucuk bagai. Atau bila aku ada jodoh nanti then kawen bia suami aku cakap 'kita cerai jela, u makin hari makin bz, masak dah tidak bukan sahaja malas bahkan tidak tahu juga, i dah jumpa pengganti u'. Dia jawab gaji doktor banyak senang sikit suami nanti. FCUK! Grrrrr.

Bukan main panjang lagi kan, aku bukan buat karangan so malas nak cari penutup. Yang boleh aku tutup ialah laptop ni sebab adik lelaki kesayangan la sangat dah mula meng-gedik-kucing-nak laptop. Sejak dia ada abang baru aja main game. Okbye.

Till then~

***Kita tidak akan mati selagi belum dapat apa yang ditakdirkan. La Takhaf Wa La Takhzan. Innallaha Ma ana (Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.)

No comments:

Post a Comment